SPM Tak Seberapa Tapi Gaji RM24000

SPM Tak Seberapa Tapi Gaji RM24000

Anda mungkin tidak percaya tetapi inilah kenyataan yang dilaporkan oleh KOSMO. Menurut laporan Kosmo, pelajar-pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran ‘tidak sempat’ bergelar penganggur apabila mereka kebiasaannya mendapat kerja sebelum majlis konvokesyen.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Pang Chau Leong berkata, mengikut statistik, 85 peratus pelajar lulusan institusi-institusi kemahiran sama ada swasta mahupun kerajaan akan ditawarkan kerja sebaik mereka habis belajar.

Pekerja kimpalan atas kapal yang dilahirkan politeknik dan vokasional menjanjikan pendapatan bulanan lumayan.

“Pelajar lepasan institut kemahiran terbukti sangat laku di pasaran. Selalu yang bermasalah graduan lepasan universiti kerap mengadu tiada kerja,” kata beliau ketika ditemui wartawan di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau turut berasa terkejut apabila dimaklumkan gaji ramai pelajar institut-institut kemahiran yang suatu ketika dahulu pernah dianggap ‘gagal SPM’ itu dibayar gaji besar sebaik diterima kerja.

Gagal atau keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak seberapa? Jangan risau atau panik.

Pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik itu masih mempunyai peluang untuk mengatur kerjaya yang bakal memberi gaji lumayan.

Mereka boleh memilih melanjutkan pengajian ke institut-institut pendidikan teknikal atau latihan vokasional (TEVT) sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta.

Berita baiknya, pendidikan teknikal dan vokasional seperti kolej komuniti atau politeknik sudah terbukti mampu membentuk pelajar-pelajar kurang cemerlang di peringkat SPM meraih pendapatan lumayan sehingga ada yang mencecah RM24,000 sebulan.

Malah ada banyak bukti gaji pelajar lepasan bidang teknikal atau vokasio­nal mengatasi pelajar lulusan universiti.

Gaji RM24000 walaupun keputusan SPM tak seberapa
SPM Tak Seberapa Tapi Gaji RM24000

MOHD. KHAIRUL tekun menjalankan tugas sebagai pemandu arah seismos bagi mengesan kawasan minyak dan gas di perairan Norway.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *